Assalamualaikum semua.... anda sihat x?
Semoga anda sntiasa
sihat n ceria slalu..sy?
Alhamdulillah sihat slalu,,,
Entry kali ni sy nk share sikit psal kisah hidup sy yg bnyk
tragis n sedih.. ececeyh.. bajet.. xde la..
disebalik watak sy yg slalu ceria n
bising ni.,.. no one ever know apa yg brlaku dlm hdup sy..
only ALLAH the one who
knows everythings about me..
|
gambar hiasan |
Guru trbaik utk mngajar kita erti sebenar kehidupan ialah
pengalaman2 hidup yg tlah lpas....
Tarikh 16 jun 2010... stu tarikh yg amat brmakna bg aq..,
sesampainya aq dirumah lebih kurang jam 3.00ptg.,, bru pulang dr skolah.., aq
menerima stu pnggilan dr sahabat lama aq, Hafiz,. Sahabat karib aq semasa aq
masih bersekolah di kampung halaman aq.., aq berpindah ke Pasir Mas semasa aq
darjah 4.., arwah bapa aq dah pencen, so aq pindah la ke kampung halaman
ibuku...,
Betapa happy perasaan aq bila dapat call dr kawan lama..
masih ingat lagi dia kepada aq..., amaklumlah, hampir 2 tahun kami x bertemu..,
aq bertanya khabar dia, namun dia membisu.. naik hairan aq dibuatnya.. lalu aq
tanya, “npe ngn ko ni Hafiz?”.. dia kemudiannya membalas “Amin, aq nk gtaw ko
something ni.. hope ko ok”.... so aq pun tanya balik “gtaw pe wei?”... ntah
nape hati aq tetibe rasa semacam jer.., out of blue, dia menangis ‘cats and
dogs’... lagi la aq pelik..
“Amin, Izzat dh xde..........” hafiz berkata ngn suara yg
tersedu-sedu.., “ape maksud ko xde?”.. biasalah, aq mcm x percaya, sebab hafiz
ni suka sangat main-main...so aq ingat dia bergurau..., “Izzat dh meninggal
Amin...”kata hafiz.. “ko jgn maen2 wei.., mati ni bkn bnda main2 wei..”aq masih
x percaya ngn dia...
“demi ALLAH amin... aq x main2..” Ya ALLAH.... rasa mahu
gugur jantung aq ble dengar brita tu.. “Izzat
dh meninggal tadi.. mse nk pulang dr skolah..”.... rasanya baru semalam aq
jumpa arwah..
Belum sempat aq lafazkan kata2 minta maaf terhadap arwah..
belum sempat aq menatap muka arwah sepuas hati... tanpa berlengah, aq terus
memandu laju kerumah arwah... setibanya aq di rumah arwah, Hafiz dan member2 aq
yg lain dh berada dirumah arwah.., kami saling berpelukkan dan menangis... arwah
meninggal sebab kemalangan jalan raya bersama ibunya yang pergi mengambil dia
pulang dari sekolah... ditakdirkan tuhan, hari tu ibu arwah x bawa bersama adiknya
yang bongsu.. kebiasaannya, ibu arwah akan bawa adik bongsu arwah bersama...,
selamatlah adik arwah dari kemalangan..
.
Aq melangkah masuk
kedalam rumah arwah..., terpaku aq apabila melihat jenzah arwah yang kaku... Aq
memohon untuk melihat muka jenazah arwah untuk kali terakhirnya, namun permintaan
aq x dapat ditunaikan atas sebab2 tertentu.., dipendekkan cerita, aq mengiringi
jenazah arwah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.. jenazah arwah telah
selamat dikebumikan pada jam 6.45ptg.. aq trus pulang kerumah bersiap untuk
kenduri arwah pada malamnya.. x habis aq menangis mengenangkan arwah yang telah
pergi..,
Kehidupan arwah bukanlah senang.., ibu bapa arwah bercerai ...
arwah anak sulong dalam family dia.. arwah ada 2 orang lagi adik yang masih
kecil.. ibu arwah membesarkan mereka semua seorang diri..., sekarang ibu arwah
masih x stabil lagi kt hospital.., entah siapalah akan jaga adik2 arwah...,
ayah arwah?? Jangan harap..., xdapat aq bayangkan hidup keluarga arwah.. arwah
adalah harapan ibunya untuk berjaya.. arwah merupakan seorang pelajar
cemerlang.. UPSR dia dapat 5A..... PMR dia dapat 7A..., namun, belum sempat
menduduki SPM dah pergi meninggalkan kami semua...,
x sempat ibu arwah melihat
kejayaan arwah untuk membela nasib keluarga arwah...,
Berat hati, namun kami perlu merelakan pemergian arwah..
semoga rohnya dirahmati, dan di tempatkan dalam kalangan mereka yang
beriman...,
Hampir sebulan pemergian arwah,namun aq masih terkenang
masa2 aq bersama arwah.. terlalu banyak kenangan manis yang x dapat
dilupakan.., teringat pada satu masa
dulu, aq 7 sekawan, bersama arwah, Hafiz, Firdaus, Najmi, Shahrul, dan Ilham pernah ponteng sekolah bersama sebab
kitaorg berpakat pergi memancing dekat sebuah sungai berhampiran dengan sekolah
kami..., bodohnya masa kecil2 dlu..
ponteng pun dekat dengan sekolah.., xpe
lah.. budak2 kan??..
Ketika asyik kami memancing, aq tergelincir ke dalam sungai
tersebut..,hampir lemas... tanpa berfikir panjang, arwah terjun ke dalam sungai
tersebut kerana ingin menyelamatkan aq walau pada hakikatnya dia pun x pandai
berenang... ditakdirkan tuhan, dia berjaya tarik aq ke tebing sungai..., walaupun
aq x lemas, tapi seandainya dia x bertindak cepat, pasti aq lemas.., kebetulan
pada masa itu, ada seorang pak cik lalu dan melihat kejadian itu,.. apa lagi,
terus la pak cik tu marah kitaorg.. semua lari macam lipas kudung.., kecuali
aq...., disebabkan badan aq yang agak “comel”.., aq x sempat lari.., pak cik tu
tangkap aq n bawak aq pulang ke rumah aq.. ibu aq yang agak kehairanan bertanya
“knapa ni pak din?”.. dipendekkan lagi cerita, hari tu aq kena rotan dengan mak
aq...., sakit sangat2.. serik jugak la..,
Esoknya, aq ke sekolah, member2 yang ponteng ngn aq tnya aq
apa yg jadi semalam,.. senang citer, aq
merajuk la ngn diorang... sebab diorang tinggal aq kt situ.. seminngu jgak la
aq x bercakap dengan diorang..., tapi, air yang dicincang x akan putus.. kami
kembali bersahabat macam biasa selepas insiden tu...
Itulah slah satu kenangan yang xdpat aq lupakan semasa aq
bersama arwah...kalau nak ceritakan semuanya, x larat la jari-jemari aq ni nak
menaip.., betapa utuhnya persahabatan kami, sampai sekarang pun aq masih x
dapat lupakan arwah... sahabat macam arwah akan aq kenang sampai ke akhir hayat
aq..,
X pe lah.., ALLAH lagi sayangkan arwah dari aq.., mungkin,
aq akan jumpa arwah dalam syurga mudah-mudahan.., kepada yang di luar sana,
hargailah, sayangilah sahabat2 anda..., berhubunglah dengan dia selagi dia masih
ada.., supaya bila suatu hari kita kehilangan dia, kita x akan sesal..,
sahabatlah yang terbaik dihari-hari kita, walau bagaimana dia lalukan terhadap
kita... maafkanlah diorg.., kenanglah diorg...
Semoga kisah ini sedikit sebanyak memberi pengajaran yang
positif buat kita semua..., sekian dulu entry kali ni... semoga bertemu lagi di
lain2 entry... harap maaf jika ada silap n salah penggunaan bahasa ... hehe
*pengunaan "aq" utk jadikan cerita lagi dramatis...hahah..*
Assalamualaikum.. (^_^)