Monday 9 July 2012

~!~ puisi kehidupan ~!~

Assalamualaikum semua.. anda sihat? harapnya begitu...
entry sy kli ni, sy nk share skit pngalaman yg telah sy lalui sepanjang
kehidupan yg singkat ini...

cuba renungkan...

''SEMALAM yang telah berlalu:
  • kita banyak menabur janji.
  • kita sering membazirkan masa mereka dengan berangan
  • kita selalu memikirkan perkara yang remeh-temeh
  • kita kerap membazir masa dengan menonton TV
  • kita selalu berlaku kasar sesama manusia
  • kita jarang membaca buku, lebih gemar menghabiskan masa dengan "online" di internet
  • kita banyak menderhaka terhadap ibubapa kita
  • kita banyak bercakap kosong daripada melakukan kerja berfaedah
  • kita kerap membazir masa dengan tidur yang berlebihan
sedangkan HARI INI:
  • ada yang tunaikan janji-janji mereka, ada juga yang hanya pandai menabur janji-janji 
  • ada angan-angan yang tercapai, ada juga hanya angan-angan Mat Jenin
  • ada yang berhenti memikirkan perkara remeh-temeh, ada juga yang masih berangan kosong
  • ada yang mengurangkan masa menonton TV, ada juga yang tidak berubah
  • ada yang mula melayani manusia dengan baik, dan ada yang masih tidak endah
  • ada yang mula membaca buku yang berfaedah, ada juga yang masih tidak mahu melihat buku
  • ada yang sudah bertaubat, memohon keampunan dari ALLAH, dan mula menyayangi ibubapa, ada juga yang terus menderhaka
  • ada yang kurangkan bercakap dan banyak melakukan kerja, ada juga yang masih bercakap kosong
  • ada yang sudah mula bangkit dari tidur, dan ada yang masih membutakan mata dengan tidur
semoga ESOK dan seterusnya
  •   kita akan tunaikan segala janji yang ditabur
  • kita tidak lagi berangan kosong tanpa haluan
  • kita akan memikirkan perkara yang penting sahaja
  • kita boleh kurangkan masa menonton TV 
  • kita boleh berbaik dengan manusia sejagat
  • kita akan selalu membaca, menambahkan ilmu didada
  • kita akan sedar dosa dan kesilapan kita terhadap ibu bapa kita
  • kita akan berhenti bercakap kosong 
  • kita tidak akan tidur berlebihan dan hanya tidur secukupnya
agar:
  • kita tidak akan menjadi manusia yang munafik
  • kita tidak akan kecewa dengan angan-angan yang kosong
  • kita tidak akan merasa serabut dengan perkara remeh temeh
  • kita tidak akan menjadi dungu dihadapan TV
  • kita akan menjadi orang yang dihormati dek kerana budi bahasanya
  • kita akan menjadi orang yang bijak dan tidak akan ditipu oleh orang yang tidak cukup ilmu
  • kita tidak akan menjejakkan kaki kedalam NERAKA kerana perbuatan kita terhadap orang tua kita
  • kita tidak akan dihina oleh orang sekeliling kerana percakapan kosong membawa kepada penipuan
  • kita tidak akan buta dengan apa yang sedang berlaku disekeliling kita, dan kita dapat melihat dengan mata hati agar kita dapat maju kehadapan... ''
sekadar hiasan

 
 
 
 
sekian shaja entry kali ni... 
harap maafkan kesilapan saya sebagai manusia biasa...
jumpa lagi di lain entry...
Assalamualaikum....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*sudilah komen

No comments:

Post a Comment